SaLaM PeRkEnAlAn!!! (^_^)

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang. Anda semua dialu-alukan untuk membaca sebarang tulisan saya di blog ini. Silalah beri komen. Jangan segan-segan. (^_^)v

TAZKIRAH


Firman ALLAH S.W.T: “It is He Who sent down tranquillity into the hearts of the Believers, that they may add faith to their faith - for to Allah belong the Forces of the heavens and the earth and Allah is Full of Knowledge and Wisdom” – Surah al-Fath: 4.

Sunday, June 15, 2008

Hidup Ini Susah

Hmm... Kehidupan di dunia ini hanya satu persinggahan sementara menunggu untuk kita menuju ke alam kekal abadi. Sekejap sahaja rupanya hidup di dunia ini. Semalam, sewaktu ber"YM" dengan seorang sahabat yang baik hati, diri ini berasa sangat kecil dan takut.
Entah bilakah nyawa kita akan diambil, bagaimanakah kehidupan kita pada masa hadapan, apakah jodoh kita dan bagaimanakah caranya kita meneruskan hidup.
Namun, aku teringat pada kata-kata seorang guruku, "Allah itu Maha Adil. Segala-galanya telah ditetapkan. Kita akan tetap melaluinya walau bagaimana cara pun kita menghadapinya".
YA. Persoalan sebenar ialah bagaimana kita menghadapinya. Jika kita menghadapinya dengan kebaikan dan kemuliaan beserta sikap yg positif, maka Insya-Allah kejayaan dan kemanisan juga yang akan kita kecapi. Begitulah juga sebaliknya.
Hebat seseorang bukan letak pada fizikalnya sahaja tetapi lebih dari itu. Kehebatan itu merangkumi aspek rohani, mental dan spiritual.
Malah, tabahnya seseorang itu dapat dilihat melalui cara dia menghadapi sesuatu keadaan. Dan bagi diri ini,sahabat aku itu ialah seorang yang penuh dengan "luka-luka kehidupan" tetapi dia ibarat seekor ikan yang gah berenang di lautan.

p/s: I feel like crying right now...

No comments: