SaLaM PeRkEnAlAn!!! (^_^)

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang. Anda semua dialu-alukan untuk membaca sebarang tulisan saya di blog ini. Silalah beri komen. Jangan segan-segan. (^_^)v

TAZKIRAH


Firman ALLAH S.W.T: “It is He Who sent down tranquillity into the hearts of the Believers, that they may add faith to their faith - for to Allah belong the Forces of the heavens and the earth and Allah is Full of Knowledge and Wisdom” – Surah al-Fath: 4.

Monday, April 28, 2008

Dua kertas dah lepas (lega), ADA LAGI LIMA!!!

Kertas bagi kursus General Pharmachology telah berjaya diharungi pada 2 hari yang lepas. Esok, satu lagi subjek akan diuji iaitu Light Perception.
Kertas Pharmaco agak susah kiranya bagi diri ini. Terutamanya bahagian solalan esei. Apa itu propanolol? Apa fungsi propanolol?? Inilah antara soalan-soalannya. Memang sudah pun di baca topik ini, tetapi malang sekali lupa dan hilang ingatan sewaktu menjawabnya... :-)
Entah apalah markah yang akan diperoleh bagi subjek Pharmaco ni...
Esok, satu lagi subjek yang 'agak' sukar. I need to try my best!!!

Chayok2!!! Sesiapa yang tengah exam sekarang ini, saya ucapkan selamat berjaya!
Insya-Allah, sesiapa yang berusaha pasti mendapat balasan setimpal dengan usahanya. Aminnn....

Wednesday, April 23, 2008

WARNA

Warna menyerlahkan persona.
Namun, sebentar tadi, persepsi ku terhadap warna telah berubah. Warna lebih dari pesona. Warna ialah alam di sekeliling kita. Warna membentuk personaliti diri kita. Warna menyumbang kepada jatuh atau bangunnya kehidupan kita.
Begitulah hakikat yang diri ini sedari selepas bertungkus-lumus dan berjuang dalam menghadapi kertas peperiksaan akhir semester ini bagi subjek Persepsi Warna!! ;-)

MALAS

Malas. Satu perkataan, lima huruf. Besar maknanya. Namun, kekadang begitu mudah dan pantas sekali perkataan tersebut diluahkan oleh kita. Ahh… malasnya nak belajar. Malasnya nak sembahyang. Malasnya nak wat tugasan. Malasnya nak selesaikan kerja. Malasnya nak tolong mak ayah. Malasnya nak tolong kawan. Bukan dalam perkara-perkara ini sahaja kita mengeluarkan perkataan malas daripada mulut kita, malah tanpa kita sedari perkataan malas turut diucapkan dalam situasi seperti; Malaslah nak makan, malasnya nak ke tandas, malasnya nak bergerak dan seumpama dengannya.

Andakah anda menyedari keadaan ini? Pernahkah anda berkata sebegitu?Atau mungkinkah pernah mendengar kata-kata ini diucapkan oleh orang di sekeliling anda?

Apapun jawapannya, kita perlu menyedari bahawa perkataan malas itu bukanlah satu perkataan yang boleh dipermainkan oleh kita sebagai hamba-Nya. Ucapan malas wajar menjadi satu ungkapan yang terakhir keluar dari mulut kita. Atau lebih baiknya, biarlah perkataan malas pupus dari dalam diri kita. Nampak mudah, tapi sukar untuk dilakukan. Hal ini kerana tanpa ungkapan itu, mungkin selepas ini lebih sukar bagi kita untuk mencari alasan paling mudah dan cepat bagi mengelakkan dari melakukan sesuatu.

Bagi diri ini,perkara yang sama turut berlaku. Malas selalu sahaja keluar bertubi-tubi apabila tidak berkehendak untuk berbuat sesuatu. Walaupun telah mengingatkan diri banyak kali, perkataan malas pasti keluar jua. Namun, mulai sekarang, diri ini akan cuba lagi dan lagi bagi mengatasi masalah ini. Bagaimana pula dengan anda?


Monday, April 21, 2008

Hakikat Persediaan

Sudahkah anda bersedia?

Ini adalah antara persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh rakan-rakan atau sesiapa sahaja kepada diri ini. Bukan tentang persiapan untuk pergi berperang dan bukan juga persiapan untuk melawan anasir-anasir jahat, tetapi persiapan bagi menghadapi peperiksaan akhir semester yang menjelang tiba.

Pada hari ini (21/4/2008), maka peperiksaan bagi seluruh sistem UiTM di seluruh negara bermula. Ramai pelajar dilihat membuat persiapan akhir. Bagi program Optometri semester 4 pula, kertas pertama hanya akan bermula pada hari Rabu ini (23/4/2008). Fuh, lega...
Sebenarnya, banyak lagi yang belum diulangkaji. Namun, entah kenapa diri ini berasa tenang... hehehe.... (sebab inilah masih sempat menulis di ruang siber ini).

Ya, dilihat persekitaran semasa di UiTM ini, masih ramai juga pelajar yang belum bersedia sepenuhnya sebenarnya. Mungkinkah kerana leka sebelum ini? Atau mungkin kerana terlalu sibuk? Atau juga memang menunggu saat akhir baru hendak belajar?
Bagi diri ini, jawapannya sibuk dan memang leka.

Memberikan jawapan sibuk sebenarnya hanya difikirkan sebagai satu alasan. Hal ini kerana jauh di sudut hati mengatakan masa banyak terbuang kerana lalai dalam menguruskan masa. Bersikap acuh tidak acuh kepada pelajaran. Hanya menunggu peperiksaan datang sahaja. Barulah membuat persediaan.

Inilah hakikat sebenar kehidupan kebanyakan pelajar masa kini.

Sunday, April 20, 2008

Kawan...

Sejak kebelakangan nie... banyak perkara telah berlaku... pelbagai cabaran dan kesukaran berjaya ditempuhi (itu pun kalu berjaya la....)
Dari semua perkara yang berlaku ini, banyak telah melibatkan kawan-kawan disekeliling aku. Macam-macam reaksi ditunjukkan.. Melalui reaksi ini, semangat setiakawan ditunjukkan oleh mereka-mereka ini...
Bangga ada kawan seperti anda semua.. Terharu pun ade juga rase....

PRAISE TO ALLAH for giving me my friends, who i CAN TRUST!!!
SUBHANALLAH!!!

Saturday, April 19, 2008

PEPERIKSAAN

Peperiksaan Akhir bagi semester Disember 2007 – Mei 2008 akan bermula 21 April ini. Lusa. Namun, kertas peperiksaan aku bermula 23/4/1008. Rabu.

Perasaan aku?? Bimbang, risau, gelisah, takut…dan banyak lagi perasaan negatif mula muncul. Kenapa ini terjadi?? Sedangkan selama ini peperiksaan tidak pernah menjadi satu faktor pengubah hidup aku. Hah.. mungkin kerana tiada persiapan dan bekal yang cukup untuk semester ini. Sibuk sekali semester ini hingga kurang kesempatan untuk membelek malah sukar sekali membelek buku-buku ilmiah aku. Kata-kata yang boleh menggambarkan diri ini: "Aku kecewa dengan diri sendiri".

Hanya tinggal 3 hari lagi sebelum penentu hidup semester ini. Kertas pertama, Persepsi Warna. Aku sekarang ini masih belum cukup bersedia. Walaun begitu, aku tetap akan berusaha hingga saat-saat akhir. Dalam hal ilmu, aku tak pernah mudah mengalah. Ya Allah!!! Aku bermohon agar Engkau memberikan kejayaan kepada hamba-Mu yang lemah ini dalam peperiksaan mendatang ini...

KEKUATAN

Hidup ni bukan la suatu permainan. Kadang senang, kadang susah. Sekali datang air bah, sekali pantai berubah. Sukar untuk kita hidup jika tidak membuat keputusan. Keputusan pula mendatangkan pelbagai implikasi. Ada baik, ada buruk. Entah bagaimanalah hidup ini perlu diteruskan jika tiada keputusan yang dibuat. Hidup tak boleh menangguh-nangguh…..

Mmm… satu dari keputusan yang paling besar dan paling sukar yang pernah dibuat oleh diri ini ialah keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua JPK Alamanda. Memang cukup sukar. Namun, hati sudah bertekad. Tak boleh ditangguh-tangguh lagi. Kalau diteruskan juga tugas ini, mungkin akan mendatangkan kesan yang tersangat buruk pada diri ini. Ha..... sekali lagi, cukup-cukup sukar bagi diri ini.

Keputusan seperti ini mendatangkan pelbagai akibat yang luas dan mendalam. Bukan seorang yang akan dipengaruhi, tapi ramai lagi manusia yang akan terjejas kerana perletakan jawatan ini. Terutamanya kawan-kawan JPK. Minta maaf kawan2. Maaf kerana menyusahkan pula anda. Maaf jika diri ini tidak memenuhi segala impian, kehendak anda. Maaf jika selepas ini ada pelbagai isu atau masalah yang timbul. Bukan sengaja hendak berbuat begini. Segala pertimbangan telah difikirkan. Baik buruk telah difikirkan secara rasional dan menyeluruh. Rasanya, cukuplah berfikir, kerana tindakan perlu menyusul.

Namun, ingin ditekankan di sini, memang wajar sekali perletakan jawatan ini kerana dengan ini segala 'mereka' di pejabat pengurusan kolej pasti berpuas hati. Agaknya 'mereka' tersenyum gembira. Atau mungkin gelisah/risau/bimbang?? Tidak pula perlu dihiraukan kerana 'mereka' lah penyebab utamanya walaupun masih ada sebab2 lain yang dipertimbangkan. Tak lupa juga, kawan2 JPK yang memang tak sebulu dengan bakal x-YDP mereka ini. Puaskah anda??? Cukup atau belum anda menyusahkan hidup orang lain??? Apa pula rancangan anda selepas ini?? Menghentam diri ini dengan pelbagai keburukan kerana meletak jawatan(yang disebabkan oleh anda yang serigala berbulu kambing). Tak tahu lah dan tak mahu tahu pun sebenarnya.

Biarlah, buatlah apa yang anda semua suka selepas ini. Laksanakan segala rancangan politik anda. Jangan lupa, laksanakanlah rancangan tersebut dengan baik dan tersusun. Semoga berjaya.

Sunday, April 13, 2008

~~#EXAM#MODE#~~

My exam will start from 23 April 2008 until 9 May 2008.
Then, the practical exam is due in 22 May and 23 May 2008.
I hope for the best!!!