SaLaM PeRkEnAlAn!!! (^_^)

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang. Anda semua dialu-alukan untuk membaca sebarang tulisan saya di blog ini. Silalah beri komen. Jangan segan-segan. (^_^)v

TAZKIRAH


Firman ALLAH S.W.T: “It is He Who sent down tranquillity into the hearts of the Believers, that they may add faith to their faith - for to Allah belong the Forces of the heavens and the earth and Allah is Full of Knowledge and Wisdom” – Surah al-Fath: 4.

Wednesday, April 23, 2008

MALAS

Malas. Satu perkataan, lima huruf. Besar maknanya. Namun, kekadang begitu mudah dan pantas sekali perkataan tersebut diluahkan oleh kita. Ahh… malasnya nak belajar. Malasnya nak sembahyang. Malasnya nak wat tugasan. Malasnya nak selesaikan kerja. Malasnya nak tolong mak ayah. Malasnya nak tolong kawan. Bukan dalam perkara-perkara ini sahaja kita mengeluarkan perkataan malas daripada mulut kita, malah tanpa kita sedari perkataan malas turut diucapkan dalam situasi seperti; Malaslah nak makan, malasnya nak ke tandas, malasnya nak bergerak dan seumpama dengannya.

Andakah anda menyedari keadaan ini? Pernahkah anda berkata sebegitu?Atau mungkinkah pernah mendengar kata-kata ini diucapkan oleh orang di sekeliling anda?

Apapun jawapannya, kita perlu menyedari bahawa perkataan malas itu bukanlah satu perkataan yang boleh dipermainkan oleh kita sebagai hamba-Nya. Ucapan malas wajar menjadi satu ungkapan yang terakhir keluar dari mulut kita. Atau lebih baiknya, biarlah perkataan malas pupus dari dalam diri kita. Nampak mudah, tapi sukar untuk dilakukan. Hal ini kerana tanpa ungkapan itu, mungkin selepas ini lebih sukar bagi kita untuk mencari alasan paling mudah dan cepat bagi mengelakkan dari melakukan sesuatu.

Bagi diri ini,perkara yang sama turut berlaku. Malas selalu sahaja keluar bertubi-tubi apabila tidak berkehendak untuk berbuat sesuatu. Walaupun telah mengingatkan diri banyak kali, perkataan malas pasti keluar jua. Namun, mulai sekarang, diri ini akan cuba lagi dan lagi bagi mengatasi masalah ini. Bagaimana pula dengan anda?


No comments: