SaLaM PeRkEnAlAn!!! (^_^)

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang. Anda semua dialu-alukan untuk membaca sebarang tulisan saya di blog ini. Silalah beri komen. Jangan segan-segan. (^_^)v

TAZKIRAH


Firman ALLAH S.W.T: “It is He Who sent down tranquillity into the hearts of the Believers, that they may add faith to their faith - for to Allah belong the Forces of the heavens and the earth and Allah is Full of Knowledge and Wisdom” – Surah al-Fath: 4.

Saturday, August 16, 2008

Ciri Kepimpinan Yang Berkesan

Hamphill dan Alvin E. Coons yang membuat penyelidikan di Ohio State University menggariskan 9 perkara sebagai ciri kepimpinan yang berkesan.
  1. Inisiatif : Pemimpin dapat mengeluarkan idea-idea baru yang boleh diterima oleh orang yang dipimpinnya.
  2. Representatif : Pemimpin dapat bertindak sebagai wakil kumpulannya dan bertanggungjawab terhadap ahli-ahlinya.
  3. Keanggotaan : Pemimpin bergaul dan mewujudkan hubungan informal dengan kumpulannya.
  4. Komunikasi : Pemimpin dapat memberi maklumat secara tepat yang diperlukan oleh orang bawahannya.
  5. Integrasi : Pemimpin dapat mengurangkan konflik dalam kalangan ahli kumpulan dan dapat mempertingkatkan penyesuaian individu dalam kumpulan.
  6. Pencapaian : Pemimpin sentiasa merancang bagi meningkatkan pencapaian ahli-ahlinya.
  7. Kuasa : Pemimpin dapat menggunakan kuasa membuat keputusan.
  8. Pengagihan tugas : Pemimpin dapat bertindak menentukan tugas ahli-ahlinya dengan cara yang adil.
  9. Penghargaan : Pemimpin dapat memberi penghargaan dan teguran usaha yang dilakukan oleh ahli-ahli dalam kumpulan.

Friday, August 15, 2008

Konsep Pemimpin

Gelaran pemimpin adalah status yang diperoleh daripada masyarakat, kelompok sosial ataupun daripada rakan-rakan secara dipilih atu dilantik oleh ahli disekeliling.

Pemimpin dipilih berdasarkan banyak faktor. Antaranya ialah:
  • Tingkah-laku dan peribadi pemimpin yang mempunyai sifat kepemimpinan yang unik.
  • Kemampuan pemimpin menjadi sumber ilham kepada organisasi.

Wednesday, August 13, 2008

Konsep Kepimpinan

Kepimpinan sebenarnya adalah satu proses interaksi sosial yang kita alami setiap hari. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda bahawa setiap orang ialah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpin.

Kepimpinan adalah konsep yang mengandungi banyak makna yang berbeza-beza. Misalnya, Bernard Urwick berpendapat, kepimpinan adalah kualiti tingkah laku individu semasa dia mengetuai aktiviti kumpulan bagi mencapai objektif organisasi.

Tuesday, August 12, 2008

Cara-cara Mempengaruhi Orang Bawahan

  1. Memberi gambaran masa hadapan yang lebih baik
  2. Mempercayai orang bawahan
  3. Memberi tanggungjawab
  4. Meminta pertimbangan
  5. Memberi perintah
  6. Memberi motivasi
  7. Memberi petunjuk
  8. Menegakkan disiplin
  9. Memberi keyakinan
  10. Memberi tugas
  11. Memberi kedudukan
  12. Meminta peranan
  13. Meminta pendapat
  14. Memberi arah
  15. Memberi ancaman
  16. Mengajak
  17. Memenuhi keinginannya
  18. Mengobarkan semangat
  19. Memberi penghargaan
  20. Mencipta perubahan
  21. Memberi hukuman
  22. Mendorong kemajuan
  23. Mempelopori
  24. Membimbing
  25. Mendidik
  26. Membela
  27. Memujuk

ISI

Monday, August 11, 2008

Jenis Kepemimpinan

Seseorang pemimpin yang ingin memimpin sesebuah organisasi dengan lebih berkesan perlu mengamalkan kesemua gaya kepemimpinan dan mengikut suasana organisasi.

Dengan perkataan lain, sifat orang yang dipimpin, iklim organisasi, situasi dan masa akan mempengaruhi gaya kepemimpinan seseorang pemimpin. Pemimpin yang berjaya perlu mengkaji berbagai-bagai sumber mengenai organisasi yang dipimpin sebelum dia mengamalkan sesuatu corak kepemimpinan.

Namun, walau apa-apa gaya kepimpinan yang ditemui, rata-rata terdapat 2 jenis kepemimpinan:

  1. Jenis konstruktif -> Bercorak membina yang akan membawa kejayaan dan kegemilangan.
  2. Jenis destruktif -> Bercorak menghancurkan dan memusnahkan.

Sunday, August 10, 2008

Cara Kepemimpinan

Beberapa orang yang ahli dalam bidang kepemimpinan, seperti Yulk (1971), Stogdill (1974) dan Lawler (1973) menggariskan 3 cara kepemimpinan, iaitu:

1) Gaya autoritarian
2) Gaya demokratik
3) Gaya laissez-faire

Pemimpin autoritarian
  • Tingkah laku mengutamakan struktur
  • Kuasa penuh mentadbir
  • Memusatkan keputusan di pihak atasan
  • Menekankan pengeluaran yang tinggi dalam organisasi
  • Menganggap orang bawahan sebagai alat untuk mencapai matlamat organisasi
Pemimpin demokratik
  • Bersifat timbang rasa
  • Tidak menekankan atau menggunakan kuasa sepenuhnya
  • Mementingkan kebajikan orang bawahan
  • Sentiasa mengadakan perbincangan dengan orang bawahan
  • Memberi peluang kepada orang bawahan membuat sesuatu keputusan
Pemimpin laissez-faire
  • Memberi kebenaran sepenuhnya kepada orang bawahan
  • Bertindak sebagai penasihat atau pembimbing sahaja
  • Keahlian organisasi terdiri daripada ahli-ahli profesional

Monday, August 4, 2008

Gaya Kepemimpinan

Philip Selznike (1957) mengatakan, orang yang layak dinamakan pemimpin adalah yang dapat membuat keputusan yang kritis dan dapat bertindak dengan jayanya membawa perubahan yang besar dan tertentu dalam sesuatu organisasi.men2

Jelaslah, untuk menjadi penggerak yang boleh menggerakkan orang lain menuju ke arah dan matlamat yang sama berasaskan kawasan dan kumpulan memerlukan beberapa gaya kepemimpinan. nerdLazimnya, terdapat dua bentuk ataupun gaya kepemimpinan yang asas. Kedua-dua gaya kepemimpinan ini pada dasarnya masih sama iaitu kepemimpinan dengan pemimpin dan kuasa.

gigilApabila seseorang diberi kuasa, tidak semestinya berkemampuan menjalankan tugas memberi kepimpinan. Sifat kepemimpinan diperlihatkan dalam kelakuan ataupun tindakan seseorang dan bukannya berasaskan keupayaan kuasa dan tanggungjawab yang diberi.

1) Gaya yang mementingkan kerja star (Task-Oriented Style)
~ Definisi : Pemimpin yang lebih mementingkan tugas para pekerja bawahan daripada hubungan kemanusiaan.
~ Tugas yang diberikan kepada para pekerja di bawahnya mestilah disiapkan.

2) Gaya yang mementingkan pekerja star (Human-Oriented Style)
~ Definisi : Pemimpin yang lebih mementingkan hubungan kemanusiaan daripada beban tugas yang diberi kepada para pekerja.
~ Hubungan baik dengan pekerja diutamakan berbanding kerja yang mesti disiapkan.