SaLaM PeRkEnAlAn!!! (^_^)

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang. Anda semua dialu-alukan untuk membaca sebarang tulisan saya di blog ini. Silalah beri komen. Jangan segan-segan. (^_^)v

TAZKIRAH


Firman ALLAH S.W.T: “It is He Who sent down tranquillity into the hearts of the Believers, that they may add faith to their faith - for to Allah belong the Forces of the heavens and the earth and Allah is Full of Knowledge and Wisdom” – Surah al-Fath: 4.

Thursday, July 31, 2008

Konsep Kepemimpinan

Kepemimpinan adalah 'jentera atau daya penggerak daripada sumber dan alat yang terdapat pada sesuatu persatuan atau organisasi' (Siagion, S. P. 1981:6).

Kepemimpinan adalah sebagai daya penggerak yang membuat orang lain mengikut atau membuat sesuatu dengan sukarela (Mohd Khalid Yusof 1983).

Kepemimpinan juga boleh didefinisikan sebagai pengaruh, cara atau tanggapan proses mempengaruhi orang ramai supaya mereka boleh berusaha secara sukarela ke arah pencapaian matlamat (Koontz, O'Donnel 1982:661).

George Lippit (1980) pula mendefinisikan kepemimpinan sebagai daya penggerak sumber dan alat yang terdapat dalam sesebuah organisasi bagi mencapai matlamat.

Tuesday, July 29, 2008

Apa Itu Kepimpinan???

1) Kepemimpinan dan kepimpinan memerlukan pemimpin dan pengikut.

2) Memimpin bererti menunjuk jalan ataupun arah, mendidik, menolong, mengawal dan mengarah.

3) Pemimpin mempunyai peranan masing-masing bergantung kepada keadaan politik, ekonomi, sosial dan teknologi.


Tuesday, July 22, 2008

BIODATA Dr Robiah Kulop

Dalam posting saya sebelum ini, saya ada menulis bahawa saya akan mengulas tentang buku "Memimpin Atau Terpimpin" oleh Robiah K. Hamzah. Tetapi, selepas puas berfikir, saya merasakan diri ini tidak layak untuk menggunakan perkataan "mengulas". Oleh itu, adalah lebih baik jika dikatakan bahawa saya akan memetik tips-tips dari buku tersebut untuk dipaparkan kepada anda.

Sebelum menulis tentang tips-tips tersebut, rasanya elok dan wajar kita mengetahui tentang latar belakang penulis yang sangat saya hormati ini.

Nama penuh: Dr. Robiah Kulop Hamzah
Tarikh Lahir : 20 Oktober 1951
Tempat Lahir : Kg Senin Layang-layang Kanan, Parit, Perak
Pendidikan rendah : Layang-layang Kanan, Parit
Pendidikan Menengah : Iskandar Shah, Parit dan Changkat Jong, Teluk Intan
Pendidikan Tinggi : Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Cheras
Ijazah Sarjana Muda Linguistik dan Sastera, UM (1980)
Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu (Pemulihan Bahasa Melayu), UM (1988)
Doktor Falsafah pengkhususan Pendidikan Nilai dan Pengajaran Bahasa Melayu, UKM (2000)

Dr Robiah Kulop Hamzah banyak menimba pengalaman bekerja di sekolah-sekolah sekitar N9 dan Selangor. Beliau juga pernah menjadi pensyarah di beberapa buah Maktab Perguruan di Malaysia. Beliau pernah menjadi pensyarah program berkembar IB & U pada tahun 1995 hingga 1998 dalam beberapa bidang.

Beliau juag pernah menjadi Ahli Panel Penggubalan Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Bestari. Beliau pernah menjadi Ahli Panel Penilai Buku Teks Bahasa Melayu tingkatan 4 tahun 2003/2004. Selain itu, beliau menghadiri kursus Pemimpin Rakan Sebaya (PERASA), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Beliau pernah menghadiri kursus-kursus kepimpinan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga pernah menghadiri dan mengendalikan kursus bagi tahun 2002 di beberapa buah tempat sekitar Selangor.

Beliau juga banyak menyumbangkan khidmat masyarakat. Pernah terlibat dengan NGO dan memegang jawatan penting dalamnya. Dr Robiah turut berkesempatan mewakili negara sebagai pemimpin belia kebangsaan di Jepun, India, Thailand dan Singapura.

Beliau juga bergiat aktif dalam bidang penulisan akademik dan buku berhubung dengan bidang pembangunan insaniah dan diri berkualiti. Beliau juga menulis rencana-rencana untuk majalah, akhbar tempatan dan penulis tamu majalah tempatan serta kertas kerja seminar peringkat kebangsaan dan negeri.

Beliau pernah menjadi tetamu dalam program-program radio, TV1, TV Pendidikan, Pusat Islam dan TV3. Beliau turut pernah menjadi penceramah atau fasilitator dalam bidang Kemahiran Berkomunikasi Berkesan, Keterampilan Diri Berkualiti, Pembangunan Remaja, motivasi, Keibubapaan dan Kemahiran Belajar.

Beliau juga pernah menjadi salah seorang tenaga penceramah untuk Excel Training Consultant. Mempunyai pengalaman yang cukup luas kerana pernah mengendalikan ribuan kursus dan ceramah serta menjadi fasilitator kepada pelbagai institusi peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Antara institusi yang pernah menggunakan khidmat beliau ialah Maktab Perguruan, Jabatan Pendidikan Negeri, Bahagian Pendidikan Guru, UiTM, UPM, UM, Uni Industri, UNITAR, UKM, sekolah rendah, sekolah menengah, Kementerian Pertanian, Kementerian Pertahanan, Pusat Perubatan, HUKM, Puspanita, Lembaga Kebajikan Islam Malaysia, RTM, TV3, PROTON, Bank Pertanian dan lain-lain.



Sunday, July 20, 2008

Tip Menjadi Pemimpin Berkredibiliti

Pada topik lepas, saya ada menulis tentang keperluan menguruskan sesebuah organisasi dengan tersusun/kemas (Berorganisasi). Selepas difikirkan dengan sedalam-dalamnya, maka adalah wajar bagi saya untuk memperkenalkan kepada anda sebuah bahan bacaan yang sangat bermutu tentang kaedah memimpin secara cemerlang.

Tajuk buku yang saya ingin perkenalkan ialah "MEMIMPIN ataupun TERPIMPIN" tulisan Robiah K. Hamzah dan diterbitkan oleh PTS MILLENIA SDN. BHD. Buku ini diedarkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ulasan tentang buku ini saya akan berikan dalam masa terdekat. InsyaAllah.

Friday, July 18, 2008

IDEA Bernas VS KERJA Keras

Apakah beza antara orang yang memberikan idea dan melaksanakan idea? Yang mana lebih baik? Atau apakah yang terbaik ialah orang yang bolah melakukan kedua-dua perkara tersebut?

Adakah benar dalam kalangan kita ada tiga kategori ini, beri idea, laksana idea dan kedua-duanya sekali?

Jika anda bersetuju, maka dalam kategori manakah anda?

Jika anda tidak bersetuju, kenapa dan apa alasan anda?

Soalnya, manakah yang terbaik? Jika hendak dikatakan bahawa mereka yang boleh membuat kedua-duanya adalah yang terbaik, adakah kita benar-benar jujur dengan diri kita?

Wednesday, July 16, 2008

Bermesyuarat??

Bagaimankah kita perlu bermesyuarat dengan cemerlang?? Kenapa kita perlu bermesyuarat? Sejauh manakah kepentingan bermesyuarat?

angelKenapa saya menimbulkan isu ini? fikir

Kerana pada tengahari tadi, satu mesyuarat AJK OPTIMIST telah diadakan. Mesyuarat itu agak kurang tersusun bagi diri ini xpasti. Biarpun pelbagai isu telah diperbincangkan, namun masih banyak yang perlu dilakukan oleh OPTIMIST terutamanya Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli-ahli Jawatankuasa kerana dapat dilihat bahawa OPTIMIST masih setahun jagung. adusUngkapan setahun jagung ini bukannya satu ungkapan untuk merendah-rendahkan sesiapa atau mana-mana organisasi (jika di sini, ia ditujukan kepada OPTIMIST).

Setahun jagung yang dimaksudkan (dari sudut positif) ialah betapa perlunya para ahli dan AJK memperkasakan perjalanan persatuan dengan menambah ilmu berorganisasi/berpersatuan selain meningkatkan kemahiran mengurus dalam segala aspek organisasi. Ilmu pengetahuan dan kemahiran ini bukanlah semuanya datang dari dalam diri kita kerana bukan semua dilahirkan untuk menjadi pemimpin. (Not all of us was born to be a leader).

Pemimpin yang terbaik men2 sebenarnya pemimpin yang belajar dari pengalaman. Pengalaman jatuh bangun, pengalaman gagal, pengalaman yang berjaya, pahit getir, masam manis kehidupan. Pemimpin seperti ini yang sentiasa belajar dan belajar dari pengalaman adalah pemimpin yang berjaya. Insya-Allah.

Oleh itu, saya sangat mengharapkan agar OPTIMIST sebagai sebuah persatuan yang berdaya maju dan masih baru boleh dibentuk ke arah amalan cemerlang dalam berorganisasi. topi Jangan biarkan generasi masa hadapan yang bakal mewarisi kepimpinan persatuan hilang arah tuju kerana kita tidak membantu mereka dalam membina asas yang kukuh kepada mereka untuk bertapak.

Ya! Asas kukuh, tapak yang stabil, bakal melahirkan bangunan yang utuh. Biar gegar, biar gempa, tiada jua runtuhnya jika batu-batanya kemas dan rapi, disusun cantik, dihias indah, menampakkan seri. Itulah organisasi terbilang!!! starstarstar

Monday, July 14, 2008

Minggu Kedua Bermula...

Fuh... Minggu pertama kuliah selesai dilalui.... Hari ini masuk minggu kedua kuliah...
Banyak kerja yang perlu dilakukan...

Semakin sibuk....
Sibuk...
Sibuk..
Sibuk.

Selepas ini, tak tahulah sama ada masih ada masa untuk menulis blog atau tidak.
Hanya yang pasti website OPTIMIST tidak boleh diabaikan.

Selain itu, pelajaran perlu diutamakan. Tumpuan perlu diberikan sebaiknya.
Target semester ini ialah Anugerah Dekan!!



p/s: WOW!! Cabaran untuk diri sendiri... AD...!!!!

Saturday, July 12, 2008

Minggu Pertama Kuliah

Minggu pertama semester Julai - November 2008 ini penuh dengan pelbagai peristiwa dan situasi. star

Hidup begitu penuh dengan adegan-adegan masyarakat sekeliling kita. Rakan-rakan, pensyarah-pensyarah, keluarga dan orang-orang yang kita tidak kenali.

Dalam minggu pertama ini, seperti biasa, pada hari pertama kelas, sudah ada assignment yang perlu disiapkan. Semakin berlalu minggu ini, semakin bertambah homework yang perlu dilakukan.

Segala kerja rumah dan ulangkaji ini ditambah pula dengan urusan-urusan untuk membantu pensyarah dan rakan-rakan dalam perkara-perkara yang mampu dibantu.

Seterusnya, kerja-kerja persatuan juga perlu diuruskan dengan sebaik mungkin. Mesti menolong dalam mengorganisasikan persatuan optometri. Asas kukuh perlu diletakkan untuk para pelajar masa depan menikmati hasilnya. Insya-Allah.peace

Jadi, minggu pertama kelas sudah berlalu sedangkan masih banyak yang tidak dilakukan. Jadi, saya berharap rakan-rakan bersama-sama bekerja keras bagi memastikan kita mencapai satu tahap baru dalam kehidupan kita.

p/s: Usaha keras seorang takkan sama dengan usaha keras dan kerjasama kita berkumpulan.topi

Wednesday, July 9, 2008

Giving A Helping Hand

Today, an unprecedented event had happened.

ihikhikAt 4.oopm, a phone call had been answered by me. Its Assoc Prof Chen Ai Hong. She told me to go to her office immediately. So, there I go...

Well, actually, she asked me for some help to handle a new student. Yes, a new student. For UiTM Optometry Programme. And guess what?? The new student is a male.

Hahaha... lucky for the 2 bachelors of the 1st year students to have a new male classmate to accompany them. sengihnampakgigi

Well, this new student is a transfer student from the FTMSK, UiTM Shah Alam. He travel all alone by himself from Shah Alam to Jalan Othman, Petaling Jaya. And for the fact, he never put his feet in Selangor or Kuala Lumpur before as he live/study all his life in Johore. Very brave indeed. sembah Me myself will not have the courage to do so!!!

Back to the situation, this boy is a firm boy. Nevertheless, he still does not know, what supposedly done because he need to tranfer out from Jati College to the Alamanda College. He said that he will travel using the taxi tomorrow to bring all his things to the Alamanda.

But, for me, using taxi is outrageoustakbole. So, I try had to figure something so that this boy does not need to waste so much money for the taxi. And that is when I start calling my friend, Ainwomen. Ain is a UiTM SRC (Student Representative Council) member for my faculty.

I asked for her help. After discussion about the situation, she agreed to help me out. (THANK YOU AIN). I know that Ain is a student leader with a student heart. She is my friend. A friend that always try to help other friends. I am very much grateful to have her as my friend.

Besides Ain, Hanina men(I called her Nina) also give her full cooperation. She is also an excellent friend. It is difficult to have such friend nowadays. THANK YOU NINA.

Thus, in the end, the new student is finally able to move without any hussle and tussle to the Alamanda with the help of those two. surprised Alhamdulillah.

p/s: I hope that he does not forget those two.men2

Tuesday, July 8, 2008

A Day Full With Chaos??!!

Huhuhu...... I'm tired. xpasti. Today is the first day of the new semester.
Fufufu..... I'd entered third year with much confident. My spirit is high!!!tumbuk
BUT.....

The day is awful. penat
I arrived at the faculty when the weather is worst. HEAVILY rain. minum
Fortunately, I brought along my umbrella. sengihnampakgigi
Then, there were lots of things happened. The problems with the class schedule, the registration problems, handling various tasks as a new class rep and as a committee member for OPTIMIST.
Not to forget, updating the OPTIMIST web... & whatsoever... sembah

As the day come to close, I'm very exhausted. Here I am writing this post with a satisfied face as my job is a job well done. ros

Sunday, July 6, 2008

Towards A Brighter Life

AAARRRGGGHHH!!!!!!!!!!!!!!!tension
Dah 3 hari berlalu... tanpa buat apa-apa aktiviti luar rumah. Boring sangat-sangat. ayamAsyik menghadap komputer saja. Lepas mata letih, mengadap makanan pulak. Macam tu la rutin selama 3 hari ini.xpasti

Esok akan bermula sesi pembelajaran bagi semester baru. ihikhikWAH!! Dah masuk sem 5 rupa-rupanya. Ini bermakna sudah belajar kat UiTM selama 3 tahun. Mmm... satu jangka masa yang dirasakan teramat-amatlah singkat.men2

p/s: Tomorrow, a start of a new dawn, a new hope, a new set of my journey to the success.star

Gambar Konvo Nurhana Rafiuddin



ISI

Friday, July 4, 2008

Dua Minggu (2 weeks)

Tup tap tup tap.... Rupa-rupanya dah 2 minggu berlalu selepas kelas intensif optometri sem 5 bermula. Ini bermakna minggu depan akan bermulanya sesi pembelajaran semester 5 yang sebenar.

Oleh itu, rasanya wajar sekali saya mencoretkan serba-sedikit tentang apa-apa yang berlaku sepanjang 2 minggu yang lepas.

Bermula pada minggu lepas, kelas intensif bermula agak lambat. Mengikut jadual asal sepatutnya ia bermula dari 16 Jun 2008 tapi kemudiannya ditanggguhkan ke 23 Jun 2008. Namun, pada 23 Jun, hanya taklimat sahaja diberikan sedangkan kelas hanya bermula pada hari Rabu, 25 Jun.

Itupun, pada hari Rabu, tidak banyak yang berlaku kerana para pensyarah masing-masing sibuk dengan urusan. Pada minggu kedua pula, Alhamdulillah, proses pembelajaran kelihatan agak berjalan dengan lancar walaupun pada hari Isnin dan Selasa, pensyarah ada bengkel yang perlu dihadiri. Sebelum ke bengkel, pensyarah kami telah meninggalkan tugasan untuk kami jalankan.

Pada hari kelmarin pula, kami pelajar-pelajar senior semester 5 menyibukkan diri membantu dalam orientasi pelajar-pelajar optometri baru UiTM kemasukan Julai 2008. Nampaknya, "adik-adik" semuanya baik-baik belaka. (wink)

Hehehe... Apapun yang berlaku sepanjang 2 minggu ini, masa yang telah berlalu tidak akan kembali dan rasanya masa itu telah digunakan dengan sebaik mungkin.

p/s: During this 2 week, I had set-up a new record for myself! 5 movies in 2 weeks!!!