SaLaM PeRkEnAlAn!!! (^_^)

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang. Anda semua dialu-alukan untuk membaca sebarang tulisan saya di blog ini. Silalah beri komen. Jangan segan-segan. (^_^)v

TAZKIRAH


Firman ALLAH S.W.T: “It is He Who sent down tranquillity into the hearts of the Believers, that they may add faith to their faith - for to Allah belong the Forces of the heavens and the earth and Allah is Full of Knowledge and Wisdom” – Surah al-Fath: 4.

Tuesday, July 22, 2008

BIODATA Dr Robiah Kulop

Dalam posting saya sebelum ini, saya ada menulis bahawa saya akan mengulas tentang buku "Memimpin Atau Terpimpin" oleh Robiah K. Hamzah. Tetapi, selepas puas berfikir, saya merasakan diri ini tidak layak untuk menggunakan perkataan "mengulas". Oleh itu, adalah lebih baik jika dikatakan bahawa saya akan memetik tips-tips dari buku tersebut untuk dipaparkan kepada anda.

Sebelum menulis tentang tips-tips tersebut, rasanya elok dan wajar kita mengetahui tentang latar belakang penulis yang sangat saya hormati ini.

Nama penuh: Dr. Robiah Kulop Hamzah
Tarikh Lahir : 20 Oktober 1951
Tempat Lahir : Kg Senin Layang-layang Kanan, Parit, Perak
Pendidikan rendah : Layang-layang Kanan, Parit
Pendidikan Menengah : Iskandar Shah, Parit dan Changkat Jong, Teluk Intan
Pendidikan Tinggi : Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Cheras
Ijazah Sarjana Muda Linguistik dan Sastera, UM (1980)
Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu (Pemulihan Bahasa Melayu), UM (1988)
Doktor Falsafah pengkhususan Pendidikan Nilai dan Pengajaran Bahasa Melayu, UKM (2000)

Dr Robiah Kulop Hamzah banyak menimba pengalaman bekerja di sekolah-sekolah sekitar N9 dan Selangor. Beliau juga pernah menjadi pensyarah di beberapa buah Maktab Perguruan di Malaysia. Beliau pernah menjadi pensyarah program berkembar IB & U pada tahun 1995 hingga 1998 dalam beberapa bidang.

Beliau juag pernah menjadi Ahli Panel Penggubalan Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Bestari. Beliau pernah menjadi Ahli Panel Penilai Buku Teks Bahasa Melayu tingkatan 4 tahun 2003/2004. Selain itu, beliau menghadiri kursus Pemimpin Rakan Sebaya (PERASA), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Beliau pernah menghadiri kursus-kursus kepimpinan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga pernah menghadiri dan mengendalikan kursus bagi tahun 2002 di beberapa buah tempat sekitar Selangor.

Beliau juga banyak menyumbangkan khidmat masyarakat. Pernah terlibat dengan NGO dan memegang jawatan penting dalamnya. Dr Robiah turut berkesempatan mewakili negara sebagai pemimpin belia kebangsaan di Jepun, India, Thailand dan Singapura.

Beliau juga bergiat aktif dalam bidang penulisan akademik dan buku berhubung dengan bidang pembangunan insaniah dan diri berkualiti. Beliau juga menulis rencana-rencana untuk majalah, akhbar tempatan dan penulis tamu majalah tempatan serta kertas kerja seminar peringkat kebangsaan dan negeri.

Beliau pernah menjadi tetamu dalam program-program radio, TV1, TV Pendidikan, Pusat Islam dan TV3. Beliau turut pernah menjadi penceramah atau fasilitator dalam bidang Kemahiran Berkomunikasi Berkesan, Keterampilan Diri Berkualiti, Pembangunan Remaja, motivasi, Keibubapaan dan Kemahiran Belajar.

Beliau juga pernah menjadi salah seorang tenaga penceramah untuk Excel Training Consultant. Mempunyai pengalaman yang cukup luas kerana pernah mengendalikan ribuan kursus dan ceramah serta menjadi fasilitator kepada pelbagai institusi peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Antara institusi yang pernah menggunakan khidmat beliau ialah Maktab Perguruan, Jabatan Pendidikan Negeri, Bahagian Pendidikan Guru, UiTM, UPM, UM, Uni Industri, UNITAR, UKM, sekolah rendah, sekolah menengah, Kementerian Pertanian, Kementerian Pertahanan, Pusat Perubatan, HUKM, Puspanita, Lembaga Kebajikan Islam Malaysia, RTM, TV3, PROTON, Bank Pertanian dan lain-lain.



3 comments:

jelak dengan motivasi said...

itu hari saya ada tengok ulangan Primadona era pajira, raja ajura, rojita chewan kat astro. doktor phd ni pun menjadi tetamu jemputan. adalah seorang pemanggil tu bertanya...isteri dia perangai sekian2..macamana saya nak handle. lalu doktor phd yang kononnya pakar motivasi lah sangat ini terus menjawab dengan amatan saya...dia menjawab dengan emosi dan one hit blow...dia kata...itu maknanya suami tak pandai mendidik isteri... wadefak...pemanggil tanya camana nak handle..bukannya apakah punca? defak punya doktor motivasi..please la berhenti buat duit guna air liur. Sekian terima kasih...aummmmmm

Unknown said...

Easier said than done..If you want a straight answer,just ask her personally.When you are "LIVE",they have given time to talk.Or maybe,just maybe she does not have the pleasure to answer the questions that have no benefits.Got it?haha

Anonymous said...

Ni kat mana