SaLaM PeRkEnAlAn!!! (^_^)

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang. Anda semua dialu-alukan untuk membaca sebarang tulisan saya di blog ini. Silalah beri komen. Jangan segan-segan. (^_^)v

TAZKIRAH


Firman ALLAH S.W.T: “It is He Who sent down tranquillity into the hearts of the Believers, that they may add faith to their faith - for to Allah belong the Forces of the heavens and the earth and Allah is Full of Knowledge and Wisdom” – Surah al-Fath: 4.

Saturday, July 12, 2008

Minggu Pertama Kuliah

Minggu pertama semester Julai - November 2008 ini penuh dengan pelbagai peristiwa dan situasi. star

Hidup begitu penuh dengan adegan-adegan masyarakat sekeliling kita. Rakan-rakan, pensyarah-pensyarah, keluarga dan orang-orang yang kita tidak kenali.

Dalam minggu pertama ini, seperti biasa, pada hari pertama kelas, sudah ada assignment yang perlu disiapkan. Semakin berlalu minggu ini, semakin bertambah homework yang perlu dilakukan.

Segala kerja rumah dan ulangkaji ini ditambah pula dengan urusan-urusan untuk membantu pensyarah dan rakan-rakan dalam perkara-perkara yang mampu dibantu.

Seterusnya, kerja-kerja persatuan juga perlu diuruskan dengan sebaik mungkin. Mesti menolong dalam mengorganisasikan persatuan optometri. Asas kukuh perlu diletakkan untuk para pelajar masa depan menikmati hasilnya. Insya-Allah.peace

Jadi, minggu pertama kelas sudah berlalu sedangkan masih banyak yang tidak dilakukan. Jadi, saya berharap rakan-rakan bersama-sama bekerja keras bagi memastikan kita mencapai satu tahap baru dalam kehidupan kita.

p/s: Usaha keras seorang takkan sama dengan usaha keras dan kerjasama kita berkumpulan.topi

2 comments:

Anonymous said...

hehe..gitulah kehidupan sorg pelajar..chayok2..

Anonymous said...

yup.. huhu...