SaLaM PeRkEnAlAn!!! (^_^)

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang. Anda semua dialu-alukan untuk membaca sebarang tulisan saya di blog ini. Silalah beri komen. Jangan segan-segan. (^_^)v

TAZKIRAH


Firman ALLAH S.W.T: “It is He Who sent down tranquillity into the hearts of the Believers, that they may add faith to their faith - for to Allah belong the Forces of the heavens and the earth and Allah is Full of Knowledge and Wisdom” – Surah al-Fath: 4.

Friday, July 4, 2008

Dua Minggu (2 weeks)

Tup tap tup tap.... Rupa-rupanya dah 2 minggu berlalu selepas kelas intensif optometri sem 5 bermula. Ini bermakna minggu depan akan bermulanya sesi pembelajaran semester 5 yang sebenar.

Oleh itu, rasanya wajar sekali saya mencoretkan serba-sedikit tentang apa-apa yang berlaku sepanjang 2 minggu yang lepas.

Bermula pada minggu lepas, kelas intensif bermula agak lambat. Mengikut jadual asal sepatutnya ia bermula dari 16 Jun 2008 tapi kemudiannya ditanggguhkan ke 23 Jun 2008. Namun, pada 23 Jun, hanya taklimat sahaja diberikan sedangkan kelas hanya bermula pada hari Rabu, 25 Jun.

Itupun, pada hari Rabu, tidak banyak yang berlaku kerana para pensyarah masing-masing sibuk dengan urusan. Pada minggu kedua pula, Alhamdulillah, proses pembelajaran kelihatan agak berjalan dengan lancar walaupun pada hari Isnin dan Selasa, pensyarah ada bengkel yang perlu dihadiri. Sebelum ke bengkel, pensyarah kami telah meninggalkan tugasan untuk kami jalankan.

Pada hari kelmarin pula, kami pelajar-pelajar senior semester 5 menyibukkan diri membantu dalam orientasi pelajar-pelajar optometri baru UiTM kemasukan Julai 2008. Nampaknya, "adik-adik" semuanya baik-baik belaka. (wink)

Hehehe... Apapun yang berlaku sepanjang 2 minggu ini, masa yang telah berlalu tidak akan kembali dan rasanya masa itu telah digunakan dengan sebaik mungkin.

p/s: During this 2 week, I had set-up a new record for myself! 5 movies in 2 weeks!!!

No comments: