Jelaslah, untuk menjadi penggerak yang boleh menggerakkan orang lain menuju ke arah dan matlamat yang sama berasaskan kawasan dan kumpulan memerlukan beberapa gaya kepemimpinan. Lazimnya, terdapat dua bentuk ataupun gaya kepemimpinan yang asas. Kedua-dua gaya kepemimpinan ini pada dasarnya masih sama iaitu kepemimpinan dengan pemimpin dan kuasa.
Apabila seseorang diberi kuasa, tidak semestinya berkemampuan menjalankan tugas memberi kepimpinan. Sifat kepemimpinan diperlihatkan dalam kelakuan ataupun tindakan seseorang dan bukannya berasaskan keupayaan kuasa dan tanggungjawab yang diberi.
1) Gaya yang mementingkan kerja (Task-Oriented Style)
~ Definisi : Pemimpin yang lebih mementingkan tugas para pekerja bawahan daripada hubungan kemanusiaan.
~ Tugas yang diberikan kepada para pekerja di bawahnya mestilah disiapkan.
2) Gaya yang mementingkan pekerja (Human-Oriented Style)
~ Definisi : Pemimpin yang lebih mementingkan hubungan kemanusiaan daripada beban tugas yang diberi kepada para pekerja.
~ Hubungan baik dengan pekerja diutamakan berbanding kerja yang mesti disiapkan.
No comments:
Post a Comment