SaLaM PeRkEnAlAn!!! (^_^)

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang. Anda semua dialu-alukan untuk membaca sebarang tulisan saya di blog ini. Silalah beri komen. Jangan segan-segan. (^_^)v

TAZKIRAH


Firman ALLAH S.W.T: “It is He Who sent down tranquillity into the hearts of the Believers, that they may add faith to their faith - for to Allah belong the Forces of the heavens and the earth and Allah is Full of Knowledge and Wisdom” – Surah al-Fath: 4.

Saturday, April 19, 2008

KEKUATAN

Hidup ni bukan la suatu permainan. Kadang senang, kadang susah. Sekali datang air bah, sekali pantai berubah. Sukar untuk kita hidup jika tidak membuat keputusan. Keputusan pula mendatangkan pelbagai implikasi. Ada baik, ada buruk. Entah bagaimanalah hidup ini perlu diteruskan jika tiada keputusan yang dibuat. Hidup tak boleh menangguh-nangguh…..

Mmm… satu dari keputusan yang paling besar dan paling sukar yang pernah dibuat oleh diri ini ialah keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua JPK Alamanda. Memang cukup sukar. Namun, hati sudah bertekad. Tak boleh ditangguh-tangguh lagi. Kalau diteruskan juga tugas ini, mungkin akan mendatangkan kesan yang tersangat buruk pada diri ini. Ha..... sekali lagi, cukup-cukup sukar bagi diri ini.

Keputusan seperti ini mendatangkan pelbagai akibat yang luas dan mendalam. Bukan seorang yang akan dipengaruhi, tapi ramai lagi manusia yang akan terjejas kerana perletakan jawatan ini. Terutamanya kawan-kawan JPK. Minta maaf kawan2. Maaf kerana menyusahkan pula anda. Maaf jika diri ini tidak memenuhi segala impian, kehendak anda. Maaf jika selepas ini ada pelbagai isu atau masalah yang timbul. Bukan sengaja hendak berbuat begini. Segala pertimbangan telah difikirkan. Baik buruk telah difikirkan secara rasional dan menyeluruh. Rasanya, cukuplah berfikir, kerana tindakan perlu menyusul.

Namun, ingin ditekankan di sini, memang wajar sekali perletakan jawatan ini kerana dengan ini segala 'mereka' di pejabat pengurusan kolej pasti berpuas hati. Agaknya 'mereka' tersenyum gembira. Atau mungkin gelisah/risau/bimbang?? Tidak pula perlu dihiraukan kerana 'mereka' lah penyebab utamanya walaupun masih ada sebab2 lain yang dipertimbangkan. Tak lupa juga, kawan2 JPK yang memang tak sebulu dengan bakal x-YDP mereka ini. Puaskah anda??? Cukup atau belum anda menyusahkan hidup orang lain??? Apa pula rancangan anda selepas ini?? Menghentam diri ini dengan pelbagai keburukan kerana meletak jawatan(yang disebabkan oleh anda yang serigala berbulu kambing). Tak tahu lah dan tak mahu tahu pun sebenarnya.

Biarlah, buatlah apa yang anda semua suka selepas ini. Laksanakan segala rancangan politik anda. Jangan lupa, laksanakanlah rancangan tersebut dengan baik dan tersusun. Semoga berjaya.

1 comment:

attention seeker said...

serigala berbulu kambing tu gane erk???
knape serigala tu berbulu kambing knape x berbulu ayam atau tapir...
erm...serigala tu perlu ker berbulu kambing??
kambing tu x pinjam bulu serigala lak ker??
lepas tu serigala tu x pinjam tanduk kambing ker???
kalo dah tahu serigala tu camtu kenapa ketua tu x tolong serigala tu pakai bulu serigala tu sendiri daripada pinjam dari kambing...yang memang x sesuai untuk serigala???