Peperiksaan Akhir bagi semester Disember 2007 – Mei 2008 akan bermula 21 April ini. Lusa. Namun, kertas peperiksaan aku bermula 23/4/1008. Rabu.
Perasaan aku?? Bimbang, risau, gelisah, takut…dan banyak lagi perasaan negatif mula muncul. Kenapa ini terjadi?? Sedangkan selama ini peperiksaan tidak pernah menjadi satu faktor pengubah hidup aku. Hah.. mungkin kerana tiada persiapan dan bekal yang cukup untuk semester ini. Sibuk sekali semester ini hingga kurang kesempatan untuk membelek malah sukar sekali membelek buku-buku ilmiah aku. Kata-kata yang boleh menggambarkan diri ini: "Aku kecewa dengan diri sendiri".
Hanya tinggal 3 hari lagi sebelum penentu hidup semester ini. Kertas pertama, Persepsi Warna. Aku sekarang ini masih belum cukup bersedia. Walaun begitu, aku tetap akan berusaha hingga saat-saat akhir. Dalam hal ilmu, aku tak pernah mudah mengalah. Ya Allah!!! Aku bermohon agar Engkau memberikan kejayaan kepada hamba-Mu yang lemah ini dalam peperiksaan mendatang ini...
No comments:
Post a Comment