Sudahkah anda bersedia?
Ini adalah antara persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh rakan-rakan atau sesiapa sahaja kepada diri ini. Bukan tentang persiapan untuk pergi berperang dan bukan juga persiapan untuk melawan anasir-anasir jahat, tetapi persiapan bagi menghadapi peperiksaan akhir semester yang menjelang tiba.
Pada hari ini (21/4/2008), maka peperiksaan bagi seluruh sistem UiTM di seluruh negara bermula. Ramai pelajar dilihat membuat persiapan akhir. Bagi program Optometri semester 4 pula, kertas pertama hanya akan bermula pada hari Rabu ini (23/4/2008). Fuh, lega...
Sebenarnya, banyak lagi yang belum diulangkaji. Namun, entah kenapa diri ini berasa tenang... hehehe.... (sebab inilah masih sempat menulis di ruang siber ini).
Ya, dilihat persekitaran semasa di UiTM ini, masih ramai juga pelajar yang belum bersedia sepenuhnya sebenarnya. Mungkinkah kerana leka sebelum ini? Atau mungkin kerana terlalu sibuk? Atau juga memang menunggu saat akhir baru hendak belajar?
Bagi diri ini, jawapannya sibuk dan memang leka.
Memberikan jawapan sibuk sebenarnya hanya difikirkan sebagai satu alasan. Hal ini kerana jauh di sudut hati mengatakan masa banyak terbuang kerana lalai dalam menguruskan masa. Bersikap acuh tidak acuh kepada pelajaran. Hanya menunggu peperiksaan datang sahaja. Barulah membuat persediaan.
Inilah hakikat sebenar kehidupan kebanyakan pelajar masa kini.
No comments:
Post a Comment