Rasa agak lega sedikit tentang perletakan jawatan selaku YDP JPK Alamanda. Hal ini adalah kerana surat memohon perletakan jawatan itu telah akhirnya berjaya dihantar ke pejabat pengurusan Kolej Alamanda pada hari Rabu yang lepas (30 April 2008). Kandungan surat tersebut boleh dibaca di blog UiTM Critics. Sebenarnya, surat tersebut telah selesai ditaip pada awal bulan April lagi. Namun, kerana kekangan masa, maka ianya hanya berjaya diprint dan dihantar pada tarikh tersebut.
Hingga ke hari ini, 3 Mei 2008, tiada maklumbalas diterima daripada pihak kolej. Nampaknya, diri ini masih dalam penantian. Dan penantian adalah satu penyeksaan.
No comments:
Post a Comment