SaLaM PeRkEnAlAn!!! (^_^)

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang. Anda semua dialu-alukan untuk membaca sebarang tulisan saya di blog ini. Silalah beri komen. Jangan segan-segan. (^_^)v

TAZKIRAH


Firman ALLAH S.W.T: “It is He Who sent down tranquillity into the hearts of the Believers, that they may add faith to their faith - for to Allah belong the Forces of the heavens and the earth and Allah is Full of Knowledge and Wisdom” – Surah al-Fath: 4.

Saturday, May 3, 2008

Selesai 4, Lagi 3!!!

Semalam kertas Optometri Klinikal berjaya dihadapi dengan baik. Begitu juga kertas Persepsi Cahaya 3 hari yang lepas. Keyakinan diri untuk menghadapi peperiksaan semakin meninggi. Insya-Allah, jika momentum seperti ini diteruskan, tidak mustahil bagi diri ini untuk mencapai kejayaan. Dalam keyakinan ini, tertanam satu perasaan cukup-cukup terharu. Terharu dengan rakan-rakan yang sudi membantu kita dalam saat-saat kesusahan. Sudi belajar dan bebincang bersama-sama. Sedia berjuang bersama-sama untuk menghadapi kejayaan. Rakan-rakanku, TERIMA KASIH!!!

Oh, selama menulis blog ini, tidak pernah lagi menulis tentang perkembangan blog-blog yang lain di bawah kelolaan diri ini yang bergelar syuk_rafi. Untuk pengetahuan semua, setakat ini, selain blog ini, masih ada lagi blog-blog lain yang berada di bawah kelolaan diri ini. Dua blog tersebut ialah Blog OPTIMIST dan Blog UiTM Critics. Blog OPTIMIST merupakan inisiatif diri sendiri yang merasakan perlunya ada satu saluran baru dalam medium penyampaian maklumat kepada semua ahli OPTIMIST khasnya dan masyarakat amnya tentang segala-gala perkara OPTIMIST. (OPTIMIST ialah singkatan kepada Optometry Students Association). Setakat ini, blog ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Alhamdulillah.

Blog kedua iaitu blog UiTM Critics ialah sebuah blog yang bakal membincangkan pelbagai isu-isu hangat UiTM terutamanya berkenaan masalah-masalah dihadapi oleh para pelajar dan juga kepincangan dalam pelaksanaan dasar-dasar UiTM amnya dan UiTM Jalan Othman khasnya. Oleh kerana diri ini mempunyai pelbagai sumber dalaman dan luaran tentang isu-isu seperti ini, maka diri ini merasa bertanggungjawab untuk menyampaikan kepada umum. Jadi, anda sendiri bolehlah menilai sendiri kebenaran tersebut.

"Tepuk dada, Tanya selera, Bukalah Minda, Mulakan Bicara"

No comments: