Praktikaliti merupakan sesuatu yang perlu kita patuhi terutamanya dalam kehidupan masa kini yang birokrasi dan autokrasi.
Begitulah satu kenyataan yang sudah pasti mewujudkan rasa yakin pada diri kita.
Kenyataan ini jugalah yang membuatkan para pelajar optometri semester 4 UiTM bekerja keras berlatih demi mencapai standard peperiksaan amali yang bakal dihadapi pada hari ini (15/5/2008).
Kami mencuba sebaik mungkin bagi memastikan kami menguasai kemahiran yang cukup dan mempunyai ilmu pengetahuan untuk berdepan dengan para pemeriksa yang sudah tentunya berpengalaman dan berkredibiliti.
Debaran dan rasa takut turut dirasakan. Gambaran perasaan ketika ini ialah ibarat gelombang lautan yang tiada tentunya.
Namun, kami akan berusaha bersungguh-sungguh. Kami akan membuktikan kemampuan kami. Ya Allah! Bantulah hambaMu dalam kondisi ini…
3 comments:
salam.. congrate syukri coz pass sume practical.. awak layak untuk dapat itu.. kamu dh buktikan y kamu buleh walupun kamu dibebani dgn pelbagai tugas.. teruskan menjadi sumber inspirasi tok adik2 kite.. kepimpinan melalui teladan..
thanks...
saya rasa saya x layak pon...
saya x layak ntuk semua ini...
apapun, terima kasih...
(^_^)
Post a Comment