SaLaM PeRkEnAlAn!!! (^_^)

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang. Anda semua dialu-alukan untuk membaca sebarang tulisan saya di blog ini. Silalah beri komen. Jangan segan-segan. (^_^)v

TAZKIRAH


Firman ALLAH S.W.T: “It is He Who sent down tranquillity into the hearts of the Believers, that they may add faith to their faith - for to Allah belong the Forces of the heavens and the earth and Allah is Full of Knowledge and Wisdom” – Surah al-Fath: 4.

Thursday, May 15, 2008

Blog OPTIMIST

OPTIMIST atau Persatuan Pelajar-pelajar Optometri UiTM (UiTM Optometry Students Association) telah pun berjaya mempunyai blognya sendiri. Alhamdulillah. Blog OPTIMIST ini boleh dilayari dengan URL http://optimistuitm.blogspot.com. Blog tersebut adalah di bawah kendalian syuk_rafi (saya) buat masa ini. Blog tersebut telah diwujudkan bertujuan untuk menyalurkan maklumat berkenaan OPTIMIST dengan lebih pantas, meluas dan berkesan. Selain itu, adalah menjadi harapan agar blog tersebut juga menjadi satu mekanisma baru kepada pelajar-pelajar Optometri UiTM untuk bertukar-tukar pendapat, mengeluarkan idea, membina hubungan dengan dunia luar selain mewujudkan suatu semangat pengantarabangsaan dalam kalangan mereka.

Pada waktu artikel ini ditulis, blog ini telah mencapai hit pengunjung sebanyak 700 kali yang merupakan satu pencapaian tersendiri bagi blog ini. Blog OPTIMIST ini juga mempunyai versi bahasa Inggeris. Namun, kandungan blog versi bahasa Inggeris masih dalam pembinaan kerana kesuntukan masa dan tenaga dalam proses penterjemahan Melayu ke Inggeris. Walau bagaimanapun, proses sedang dilakukan terutamanya mencari anggota pasukan bagi membina bahagian tersebut. Selain mempunyai Laman Utama versi Melayu dan Laman Utama versi Inggeris, blog OPTIMIST juga mempunyai 2 bahagian lain iaitu Pengumuman dan Career Prospectus. Buat masa ini, ruangan Pengumuman diletakkan di bawah Laman Utama versi Melayu manakala Career Prospectus pula diletakkan di bawah Laman Utama versi Inggeris.

Sesungguhnya, saya sebagai pembina blog tersebut memerlukan kerjasama daripada sesiapa sahaja terutamanya ahli-ahli OPTIMIST yang boleh membantu saya dalam mengendalikan blog tersebut terutamanya dari aspek kandungan dan bahan pengisian. Sesiapa daripada anda yang ingin membantu dan terpanggil untuk menjadi salah seorang ahli pasukan blog OPTIMIST bolehlah menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja. Ingat, anda perlulah beristiqamah dan ikhlas dalam membantu.

p/s: Tiada upah, ganjaran atau balasan dapat diberikan melainkan rasa kepuasan dalam menjalankan tugas dalam membantu insan yang lain.

No comments: