WUHUUU!!! Akhirnya exam dah abih dah…. Seronoknya….. Eeehhhh….. Tak boleh seronokla…. T_T Banyak paper yang perlu dirisaukan…. Result sem nie ntah macam mane ntah…. Wisaunya…
Apapun, peperiksaan yang dah berlalu tidak membawa makna yang pelajaran patut dilupakan. Pengajaran dari semester ini wajar dijadikan bekalan masa hadapan untuk mencapai kecemerlangan. Bermula dari sekarang, masa tidak wajar dibazirkan dengan perkara yang tidak berfaedah lagi tiada manfaat. Pada masa lapang seperti inilah, kita perlu menggunakannya untuk menambahkan ilmu pengetahuan, meluaskan pandangan, mencari pengalaman, mendalami kehidupan dan merasai alam persekitaran.
Oleh itu, bagi diri ini, masa pada cuti semester ini akan digunakan untuk memperbaiki diri dan memperkasakan diri dengan pelbagai pengisian yang berguna. Insya-Allah.
P/S: Sebenarnya, exam bertulis je yang dah abih. Exam praktikal minggu depan. Jadi, skang nie masih lagi gelabah… huhu…
No comments:
Post a Comment