- Inisiatif : Pemimpin dapat mengeluarkan idea-idea baru yang boleh diterima oleh orang yang dipimpinnya.
- Representatif : Pemimpin dapat bertindak sebagai wakil kumpulannya dan bertanggungjawab terhadap ahli-ahlinya.
- Keanggotaan : Pemimpin bergaul dan mewujudkan hubungan informal dengan kumpulannya.
- Komunikasi : Pemimpin dapat memberi maklumat secara tepat yang diperlukan oleh orang bawahannya.
- Integrasi : Pemimpin dapat mengurangkan konflik dalam kalangan ahli kumpulan dan dapat mempertingkatkan penyesuaian individu dalam kumpulan.
- Pencapaian : Pemimpin sentiasa merancang bagi meningkatkan pencapaian ahli-ahlinya.
- Kuasa : Pemimpin dapat menggunakan kuasa membuat keputusan.
- Pengagihan tugas : Pemimpin dapat bertindak menentukan tugas ahli-ahlinya dengan cara yang adil.
- Penghargaan : Pemimpin dapat memberi penghargaan dan teguran usaha yang dilakukan oleh ahli-ahli dalam kumpulan.
SaLaM PeRkEnAlAn!!! (^_^)
Assalamualaikum w.b.t.
Selamat datang. Anda semua dialu-alukan untuk membaca sebarang tulisan saya di blog ini. Silalah beri komen. Jangan segan-segan. (^_^)v
TAZKIRAH
Saturday, August 16, 2008
Ciri Kepimpinan Yang Berkesan
Hamphill dan Alvin E. Coons yang membuat penyelidikan di Ohio State University menggariskan 9 perkara sebagai ciri kepimpinan yang berkesan.
Friday, August 15, 2008
Konsep Pemimpin
Gelaran pemimpin adalah status yang diperoleh daripada masyarakat, kelompok sosial ataupun daripada rakan-rakan secara dipilih atu dilantik oleh ahli disekeliling.
Pemimpin dipilih berdasarkan banyak faktor. Antaranya ialah:
Pemimpin dipilih berdasarkan banyak faktor. Antaranya ialah:
- Tingkah-laku dan peribadi pemimpin yang mempunyai sifat kepemimpinan yang unik.
- Kemampuan pemimpin menjadi sumber ilham kepada organisasi.
Wednesday, August 13, 2008
Konsep Kepimpinan
Kepimpinan sebenarnya adalah satu proses interaksi sosial yang kita alami setiap hari. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda bahawa setiap orang ialah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpin.
Kepimpinan adalah konsep yang mengandungi banyak makna yang berbeza-beza. Misalnya, Bernard Urwick berpendapat, kepimpinan adalah kualiti tingkah laku individu semasa dia mengetuai aktiviti kumpulan bagi mencapai objektif organisasi.

Tuesday, August 12, 2008
Cara-cara Mempengaruhi Orang Bawahan
- Memberi gambaran masa hadapan yang lebih baik
- Mempercayai orang bawahan
- Memberi tanggungjawab
- Meminta pertimbangan
- Memberi perintah
- Memberi motivasi
- Memberi petunjuk
- Menegakkan disiplin
- Memberi keyakinan
- Memberi tugas
- Memberi kedudukan
- Meminta peranan
- Meminta pendapat
- Memberi arah
- Memberi ancaman
- Mengajak
- Memenuhi keinginannya
- Mengobarkan semangat
- Memberi penghargaan
- Mencipta perubahan
- Memberi hukuman
- Mendorong kemajuan
- Mempelopori
- Membimbing
- Mendidik
- Membela
- Memujuk
ISI
Monday, August 11, 2008
Jenis Kepemimpinan
Seseorang pemimpin yang ingin memimpin sesebuah organisasi dengan lebih berkesan perlu mengamalkan kesemua gaya kepemimpinan dan mengikut suasana organisasi.
Dengan perkataan lain, sifat orang yang dipimpin, iklim organisasi, situasi dan masa akan mempengaruhi gaya kepemimpinan seseorang pemimpin. Pemimpin yang berjaya perlu mengkaji berbagai-bagai sumber mengenai organisasi yang dipimpin sebelum dia mengamalkan sesuatu corak kepemimpinan.
Namun, walau apa-apa gaya kepimpinan yang ditemui, rata-rata terdapat 2 jenis kepemimpinan:

- Jenis konstruktif -> Bercorak membina yang akan membawa kejayaan dan kegemilangan.
- Jenis destruktif -> Bercorak menghancurkan dan memusnahkan.
Sunday, August 10, 2008
Cara Kepemimpinan
Beberapa orang yang ahli dalam bidang kepemimpinan, seperti Yulk (1971), Stogdill (1974) dan Lawler (1973) menggariskan 3 cara kepemimpinan, iaitu:
1) Gaya autoritarian
2) Gaya demokratik
3) Gaya laissez-faire
Pemimpin autoritarian
1) Gaya autoritarian
2) Gaya demokratik
3) Gaya laissez-faire
Pemimpin autoritarian
- Tingkah laku mengutamakan struktur
- Kuasa penuh mentadbir
- Memusatkan keputusan di pihak atasan
- Menekankan pengeluaran yang tinggi dalam organisasi
- Menganggap orang bawahan sebagai alat untuk mencapai matlamat organisasi
- Bersifat timbang rasa
- Tidak menekankan atau menggunakan kuasa sepenuhnya
- Mementingkan kebajikan orang bawahan
- Sentiasa mengadakan perbincangan dengan orang bawahan
- Memberi peluang kepada orang bawahan membuat sesuatu keputusan
- Memberi kebenaran sepenuhnya kepada orang bawahan
- Bertindak sebagai penasihat atau pembimbing sahaja
- Keahlian organisasi terdiri daripada ahli-ahli profesional
Monday, August 4, 2008
Gaya Kepemimpinan
Philip Selznike (1957) mengatakan, orang yang layak dinamakan pemimpin adalah yang dapat membuat keputusan yang kritis dan dapat bertindak dengan jayanya membawa perubahan yang besar dan tertentu dalam sesuatu organisasi.
Jelaslah, untuk menjadi penggerak yang boleh menggerakkan orang lain menuju ke arah dan matlamat yang sama berasaskan kawasan dan kumpulan memerlukan beberapa gaya kepemimpinan. Lazimnya, terdapat dua bentuk ataupun gaya kepemimpinan yang asas. Kedua-dua gaya kepemimpinan ini pada dasarnya masih sama iaitu kepemimpinan dengan pemimpin dan kuasa.
Apabila seseorang diberi kuasa, tidak semestinya berkemampuan menjalankan tugas memberi kepimpinan. Sifat kepemimpinan diperlihatkan dalam kelakuan ataupun tindakan seseorang dan bukannya berasaskan keupayaan kuasa dan tanggungjawab yang diberi.
1) Gaya yang mementingkan kerja (Task-Oriented Style)
~ Definisi : Pemimpin yang lebih mementingkan tugas para pekerja bawahan daripada hubungan kemanusiaan.
~ Tugas yang diberikan kepada para pekerja di bawahnya mestilah disiapkan.
2) Gaya yang mementingkan pekerja (Human-Oriented Style)
~ Definisi : Pemimpin yang lebih mementingkan hubungan kemanusiaan daripada beban tugas yang diberi kepada para pekerja.
~ Hubungan baik dengan pekerja diutamakan berbanding kerja yang mesti disiapkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)